Thursday, August 26, 2010

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga belas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat belas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima belas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam belas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh belas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan belas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua puluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Saturday, August 21, 2010

KELEBIHAN TARAWIH 10 MLM PERTAMA

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


p/s: UNTUNGLAH SAPE2 YANG DAPAT BUAT PENUH

Saturday, August 14, 2010

TIGA

Lama gila tak update blog. Reason? Ada 3!

1. MALAS

2. Asyik terlupa. Asal online je mesti terbuat benda lain

3. Busy. Serius busy. Buat keja umah sampai kadang2 tak sempat nak online. Sumpah tak tipu. Berdedikasi betul anakmu inikan mama? Hehe


Nak dijadikan cerita, dalam tempoh hibernasi ni, a few things happened! Ada 3 jugak!

1. Cik Coach dah selamat bertunang dengan Encik T who is now Encik Coach! And he gave her a COACH handbag!!! Nice! Alhamdulillah...Really happy for Cik Coach. I now call her Lady in Lilac. Hehe

2. Ada orang nak merisik Cik Kasih. Wakaka gelak sampai sakit perut bila dapat tau hal ni. Turn Cik Pink pulak gelakkan dia kali ni. Hehe Tunggu turn Cik Candid pulak lepas ni.

3. Dah masuk Ramadhan! Alhamdulillah setakat ni puasa penuh, and terawikh pun penuh. Moga2 amalan Cik Pink kali ni diterima dan diberkati. Nak kaut pahala banyak2 sbb tak tau lagi next year boleh jumpa ramadhan lagi ke tak...