Haish...rosak2. Fail semua. Lingkup abis. Kesian my diet. Ooo ni semua salah
Cikgu S (salahkan orang lain..hehe) Kesian my diet. Gagal lagi. Kesian kat usaha berpenat lelah kat gym ngan my gym buddies. Habis usaha berpenat berpeluh kat sauna gara2 sehari di rumah
Cikgu S. Hehe tapi berbaloi sebenanrnya. Khamis lepas
Cikgu S jemput
Cik Pink,
Cik Candid,
Mr F and
Cik Kasih ke rumah sebab family dia ada wat makan2 sikit (banyak sebenarnya!!!!). Ingatkan just buat BBQ party, tapi mak aiiii....macam food heaven! Banyak sungguh. Memang masa sampai kat rumah
Cikgu S tu, dah dapat agak, rosakla diet seminggu ni.
Sampai je kat umah
Cikgu S, tengok2 dah ada gulai kambing. Mak aii punyala best bau dia. Tak rasa macam kambing langsung (selalu daging kambing bau sikit tapi ni tak!!). Rasanya lagi la mantap dari baunya!! Sedap sangat. Bukan wife
Cikgu S yang masak tapi
Cikgu S yang masak. Alahai memang tahap dewa la sedap gulai kambing tu. Pastu
Cikgu S masak nasi goreng pulak. Sedap jugak! Ish tadak ke benda yang dia tak reti masak?
Dekat maghrib tu ramai la sedara mara
Cikgu S and family yang datang. Memang meriahla. And they treated us just like their family. Tak rasa kekok langsung. Event start lepas maghrib. Memang pening kepala
Cik Pink nak fikir apa yang nak dimakan. Mula2 tu leh kontrol lagi diet tu. Tapi last2 we all decide, just for the night, kami akan pulun abis-abisan. Hehe. Ada laksam, nasi goreng, mushroom soup, bihun goreng, ayam + daging bakar (resipi rahsia), dadih yang memang la sedap etc...Memang banyakla makanan sampai tak tersebut. Memang mengahla kami makan malam tu. Buncit abis perut.
Bila sedara mara balik, kami tido kat umah Cikgu. Memang dia suruh tido umah dia pun sebab dah lewat kalau nak balik. Lagipun kami kesian pulak nak bagi wife cikgu kemas semua. So, kami pun menyinsing lengan (ayat takleh blah), kemas semua jugak malam tu. Basuh abis pinggan mangkuk. Pastu barula tido. Tapi takla rasa penat sangat sebab kami bertiga. (
Cik Pink, Cik Candid,
Cik Kasih). Pastu si Nurin anak cikgu pun tolong jugak. Jadi takla penat sangat mengemas. Apapun, memang bestla that day. Makakan yang memang heaven gila + peluang jumpa sedara mara cikgu. Tapi lepas ni, memang nak kena cover balikla diet!!!!