Wednesday, November 3, 2010

EMPTY HANDED

Mak pesan jangan main ujan. Tapi kami frust takleh wat pre photoshoot. So grab je payung hotel yang cantik tu and pose bajet cun.Huahaha

Buruk gila muka lapar + frust bila org candid pic kan kan? Tapi sedap sangat mkn kat kedai ni. Sila cari kedai mkn PUMPONG kalau singgah Alor Star ok

My ex-roomate yang frust jugak sebab takleh buat pre photoshoot. Takpe payung hotel ada

Frust. Kalau diminta 1 perkataan utk menggambarkan perasaan Cik Pink sekarang, itulah perkataannya. KONVO TUNDA! BATAL! CANCEL! Nak dijadikan cerita, hujan lebat sampai banjir, jalan2 nak masuk ke kampus kena tutup. Bijak kan sape2 yang pilih tarikh konvo ni. Dah elok2 awal bulan 10, tukar pulak ke bulan 11. Tak check ke yang bulan ni memang waktu hujan, musim tengkujuh???? Haihhhhhhhhhh

Kesian kat Cik Pink and kawan2. Datang sehari awal, ingatkan dapat buat pre photoshoot untuk konvo. Jangankan pre photoshoot, skrol konvo pun tak dapat. Frust sungguh. Tapi lagi kesian and frust orang2 yang datang dari jauh macam Sabah and Sarawak. Kos flight lagi, penginapan lagi... Banyaknya duit habis. Rugi macam tu je. Entah bilala pulak tarikh konvo yang baru.