Tuesday, April 27, 2010

DRAMA













  • Drama sebab hampir nak keluar air mata sebab teringin nak makan McD waktu exam tapi tak dapat sebab dah lewat sangat nak ke Alor Star
  • Drama sebab tak mau study selagi tak dapat makan McD
  • Drama sebab sanggup tak makan sehari semalam sebab protes tak dapat McD
  • Drama sebab geng mafia + adik2 junior terpaksa pujuk sebab tak dapat McD
  • Drama sebab time tengok tv, keluar pulak iklan McD
  • Drama sebab sanggup sewa kereta untuk ke McD (terpaksa sewa sebab kereta Cik Candid masuk hospital)
  • Drama sebab kereta sewa yang 1st dapat itu 'vintage' sangat2!!
  • Drama lagi sebab kereta yang Cik Candid bawak tu takde power stereng!

P/s: Happy ending sebab at last dapat jugak makan McD. Nak keluar air mata la jugak time tu sebab terharu. Hehe jgn main2 bila Cik Pink teringin something! Memang boleh jadi drama queen time tu

Sunday, April 25, 2010

Breaking Free

Dah lama takde kesempatan nak menulis. Me, myself and I sangat busy nak prepare untuk final exam. My last exam kat bumi sintok ni. Semalam exam dah abis! Yay! Lega sangat. Tambah2 Cik Pink boleh jawab both papers dengan jayanya especially paper semalam. Harap2 dapat A. Hehe. So, lepas je abis exam (dah la keluar awal setengah jam), balik je bilik, Cik Pink terus tido! Nak dekat maghrib baru bangun. Memang dah tak peduli nak jadi gila ke tak (orang kata kalau tido lepas Asar leh jadi gila)

Memangla Cik Pink cover tido abis-abisan. Before tu memang tak cukup tido. Memang spesis power rangers la tido 2, 3 jam je. Kalau study takpe jugak. Ini lebih kepada mengadap facebook ngan ym je kejanya.Hehe siap boleh layan citer hindustan + AF kat bilik tv lagi. Adoila memang super senior sungguh.

Lepas bangun tido pulak, makan. Nasib baikla ada adik junior yang baik hati tolong belikan sebab Cik Pink memang dah malas nak turun katil. Memang malas melampau2la sebab makan pun atas katil. Hehe lepas makan pulak, sambung baring balik dengan mission nak habiskan novel Victoria Alexander. Mission accomplished! Cik Pink berjaya abiskan novel tu before pukul 12. Lepas abiskan novel tu, ada pulak next mission. Nak tengok Glee full episode season 1! Berjaya jugak! Dekat pukul 5.30 pagi la tido semalam. Hehe nasib baik Cik Pink ni A.B.C (Allah Bagi Cuti). Lega dapat buat semua benda yang nak buat tapi terpaksa ditunda sebab nak exam. Merdeka!!!!! Merdeka!!!!! Merdeka!!!!!

p/s: Cik Pink bangun kul 10.30 pagi tadi. Lepas abis taip ni nak sambung tido balik =)

Friday, April 16, 2010

LAKSA!!!



This is one of my favorite foods! Laksa!! I love laksa!! ( even tengah taip ni sambil tahan air liur). Tapi sebab tunggu kuah panas, Cik Pink pun merepek la kat blog ni dulu. Cik Pink memang hantu laksa. Adik2 Cik Pink pun sama. Ni laksa Cik Odi buat!! Sedap gila!!!! Tambah2 kuah laksa Cik Odi pekat! Selalunya orang guna ikan kembung, tapi my mom ni suka guna ikan sardin. Bukan sardin tin tu tapi ikan sardin yang fresh yang beli kat market yang Pakcik Wah, Cina penjual ikan tu selalu jual.

Susah nak jumpa laksa yang betul2 boleh menepati cita rasa Cik Pink. Selalu jumpa laksa yang kuah tak sedap, kuah cair (orang utara panggil ceroi). So, nak makan laksa yang menepati cita rasa, kat rumahla jawabnya! Kat Kedah, Cik Pink pernah makan laksa yang sedap and up to my taste!! Kat Alor Star!!! Dekat dengan Shahab Perdana. Gerai tepi jalan je pun tapi laksa makcik tu memang superb!!! Heaven! (tahan air liur lagi ni).

Kat rumah, kalau Cik Odi tak buat laksa, laksa Pak Kasim la paling best!! Memang sedap gila laksa Pak Kasim. Tambah2 laksa campur dia. Dia bukak kedai dia tak lama pun sebab laksa dia cepat habis. Siapa awal, untungla. Siapa lambat kempunan la jawabnya. Masalah Pak Kasim ni, dia malas. Kalau dia untung, 2, 3 hari tu tak bukak la kedai dia jawabnya. Kalau dia tak ada duit, baru dia bukak kedai pulak. Adoila Pak Kasim, kalau tiap2 hari bukak, silap2 dah jadi jutawan ke apa... Ini tunggu tak ada duit baru nak bukak kedai. Kesianla kat kami yang minat laksa Pak Kasim ni.. Kadang2 balik universiti, ingat nak makan laksa Pak Kasim, tapi Pak Kasim tak bukak kedai pulak. Memang frustla!

P/S: Laksa kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal takua...Pergh memang jilat pinggan la! (kat umah je). Kalau ada daun pudina ngan pucuk daun janggus, lagi la sedap!

Tuesday, April 13, 2010

WRONG TIMING!

Ngeeee.the pressure is back on me! Memang salah balikla minggu ni. Memang tak sangka nak jadi benda ni. Adoiii, i was hoping i would enjoy a week vacation at home, but I guess I was wrong. My cousin, Cik Ayu, is getting engaged this weekend! Bertunang! Bertunang means kahwin. Kahwin means ada sangkut paut dengan Cik Pink... Yes! Suka! Teruja gila nak berhadapan dengan all the makciks time kenduri tunang Cik Ayu nanti ( itupun kalau Cik Pink rasa nak attend la..hehe)

Cik Ayu tiba2 buat annoucement tergempar kata nak tunang. She is a year older than me. Memang semua orang terkejut sebab dia tak pernah pun buka mulut kata ada boyfriend ke apa..(Cik Ayu ni berat mulut orangnya, tak macam Cik Pink, but still i never tell my personal things to the makciks too). So, congrats la Cik Ayu. I'm happy for you. It just that I'm not happy nak pergi your house and meet our makcik2 (yang sibuk nak tau pasal my love life ni)

So, what choice that I have? Tak payah pergi? Huh, macam tak sesuai la pulak..Nanti 1 family cakap apa pulak? Kalau pergi? Then kena bersediala dengan mental dan emosi dan juga mulut untuk tersengih 24 jam dan menepis soalan2 terjah dari kaum2 ibu ni..Haishhh memang wrong timing la balik minggu ni!!!

Wednesday, April 7, 2010

Terlebih Rajin!!!!


Letak lobak asin, ikan bilis & telur masin kalau nak lagi umphh!!


Bubur yang dah siap!!! Panas tu!!


Buah pelam telur yang Mr F bagi!!!


Kuah rojak paling sedap di abad ini!!! Mak Bee!!!


Menyicah dulu sementara bubur masak!!!


Hehe, semalam, Cik Pink and my roomate (Cik Kasih), terlebih rajin. Kami excited nak masak bubur ayam! So, pagi tu, kirimla barang2 mentah kat Cik Intan (my junior).Cik Candid datang lambat sikit. Kesianla jugak kat Intan sebab kena beli banyak barang. Beli ayam, carrot, bawang etc... Nasib baikla jenis tak berkira budak ni. Thanks eh Intan. Sebenarnya plan nak masak ni dah lama. Tapi asyik tertangguh dek timbunan kerja yang melampau2... lagipun, niat kedua tu sebab Cik Pink nak menghabiskan beras. Maklumlah dah final semester. Sayang pulak kalau nak buang.

So, dalam pukul 6 petang tu, Cik Pink, Cik Kasih and Intan, mulala kerja2 awal. Siang ayam, potong sayur etc...Bila ramai yang buat keja, banyakla mulut yang bercakap (bercakap, bukan mengumpat eh!) Sambil masak tu, sempat lagila menyicah pelam muda dengan kuah rojak mak bee! I like!!! Love u mak bee!! Tunggang-langgang jugakla bilik Cik Pink. Sebab ni bukan masak biasa! Kami masak secara besar-besaran I tell you! 3 rice cooker kami guna! Anak dara sape la yang rajin sangat ni.. Berpeluh-peluh masak. Punyala panas! Takut jugak kalau overload sebab guna tiga rice cooker sekali gus!

Memang banyakla kami masak! Cecece..terlebih rajin punya pasal. Hati pulak baik..Cik Pink and Cik Kasih dengan muka yang tak malu sangat, pegi ketuk pintu2 bilik kat paras kami tu. Sebab? Kami mintak bekasla...nak bagi penghuni2 paras ni rasa bubur sorang sikit! Baik kan kami??? Hehehe... Pastu bagi kat Mr F boyfriend Cik Candid sekali. Bagi lagi kat Abg A and the gang (he is my senior) Yang paling tak tahan tu masak dengan penuh kasih sayang kat Cik Ezzati, roomate si Intan. Kesian dia, nak drive balik Negeri Sembilan pukul 2 pagi. Hah baru teringat! Sebab nak masak kat Ezzati ni la punca utama kami buat bubur! Haish mana nak carila senior yang baik cam kami ni...Siap masak kat adik2 junior... Hehe rasanya ni kali terakhir kot masak untuk sem ni and kali terakhir masak sepanjang bergelar student. Hailoh hailoh...sedih la pulak

P/S: By the way, bubur kami memang sedap! Sebab ada ikan bilis, ayam, karot, lobak asin, telur asin (Cik Pink tetiba rasa terliur balik ni)

Saturday, April 3, 2010

Sakit gigi


Sakit gigi!!! Serius sakit! Bukan cobaan tapi ini betul2...memang sakit tahap dewa ni. Gigi geraham bongsu baru nak tumbuh. Memangla sakit sampai ada macam2 jenis. Sakit kepala, rasa macam nak demam lagi..Adoi sebatang gigi yang kecik boleh buat kepala ni macam nak meletup.

Nak menjerit, takut dikatakan gila. Nak menangis, malula pulak dah besar nak main nangis2 ni. So akhirnya, tahap saja walaupun dah bengkak segala gusi ini. Cik Candid suruh pi amik ubat. Tapi kepala Cik Pink ni degil la pulak. Padahal sakitnya memang dah tak tertahan ni. Pastu ada pulak orang suruh gigit towel, taktau la dari mana punca idea, tapi dikatakan boleh kurang sikit sakit gigi ni.

Adoila gigi.....memang rosak segala mood ni. Rasa nak marah2 saja sekarang ni. Mood nak buat kerja pun terbantut. Even nak ym ngan kawan2 pun dah takde feel..Hai la gigi......cepatla baik before Cik Pink mengamuk tak tentu hala