Tuesday, January 26, 2010

KECEMASAN KECEMASAN!!

Huh gila cemas. Tadi tepon cik odi a.k.a mama nak cite pasal nak pi Gunung Jerai. Dalam hati doa la jugak kot2 mama jd pemurah, bank in duit (tapi mama tak paham!! waaaa). Haha so rancangan nak mintak duit kat cik Odi fail. Kalau nak mintak duit, memangla cik Oly alert sikit. Sumpah tak joli. Tapi ketahuilah cik Odi n Oly, sem ni, banyak aktiviti luar...Huhu saya tidak berfoya-foya.

Back to the story, Odi selamba dia je (dah lali dah) suruh tolong karang bahasa bermadah. Adoila ni dah beratus kali dah ni dia mintak tolong karang. Dari tahun lepas lagi dok tepis. Hehe ingatkan dah terlepas tapi bila difikir-fikirkan balik, ada ke org yang leh terlepas dari Odi? Huh Odi memang hebat! Mungkinkah dulu dia ketua mafia??

Huhu mama, manala anak dara kamu ni tau karang benda2 tu. Dia kata buatla camne pun dia tak kisah. Haha yela sangat tak kisah. Dalam tak kisah tu dia dah pesan karang pasal benda2 yang leh buat banyak gaya. Adoila...nak buat assignment pun tak sesusah ni.Mana ada idea mama oiiiiii....

Camne nak buat ni? Memang takde idea langsung ni nak karang apa untuk Odi. Tak penahnya aku karang teks choral speaking ni.Kalau suruh karang benda lain laju jela. Cemas!!!!!

KENAPA SAYA CEMAS???
  • Sebab aku memang takde idea.huhu nak karang pasal apa? 1 Malaysia? Alam Sekitar?
  • Cemas sebab kalau dah karang, cuti midsem ni nampak gayanya 1 rumahla kena dengar Odi berlatih gaya choral speaking.Huh tengah masak pun dia leh berlatih lagi. Padahal student dia yang masuk. Habisla 1 umah termasuk Oly kena seret sekali. Tapi best gak. Odi lawak (suami dia suruh amik borang masuk Raja Lawak, dia tak nak)
  • Kalau dah karang tu, 1st attempt tu mesti kena reject punya. Odi cerewet.huhuhu. Nak lari dari umahla camni (drama gila! tapi ni genetik Odi)
  • Kalau tak buat, cik Odi suka buat drama.haha nak majukla konon. Ala Odi, susahla nak buat benda tu...

No comments:

Post a Comment