Tuesday, March 23, 2010

PEMBIBIKAN

23 Mac, PENANG-Pembibikan sebenarnya berasal daripada kata dasar bibik. Pembibikan bermaksud proses menjadi bibik sama ada secara rela ataupun tidak. Maka di sebuah rumah di suatu kawasan taman perumahan, seorang mahasiswi yang hampir tamat pengajian (sudah berada di semester akhir) telah dengan tanpa relanya telah menjadi bibik.

Mahasiswi ini yang pulang ke rumahnya kerana tadak kelas, secara tanpa relanya telah menjadi bibik sepanjang seminggu dia berada di rumahnya. Ketika parentnya keluar bekerja dan adik2nya ke kelas, maka mahasiswi ini pun secara solo memulakan kerjanya. Walaupun dia sebenarnya rela untuk melakukan tugas2 seperti memasak, mengemas etc (sebab nak tolong ibunya), mahasiswi ini sebenarnya tidak rela untuk mengemas bilik adik2 lelakinya. Menurut mahasiswi ini, tiada guna proses pengemasan dilakukan kerana setelah dikemas, bilik itu tetap akan bersepah semula ( berita ini ditaip dalam perasaan geram). Baju2 yang dilipat oleh si bibik dengan kemas, ditarik2 begitu saja oleh si adik2 yang agak mangkuk itu. Malah adik2nya mempunyai tabiat iaitu setelah membuka pintu almari, mereka tidak akan menutupnya kembali. Haihhhhhhhhhhhhhh...

Namun begitu, mahasiswi ini harus meneruskan tugasnya seperti biasa kerana dia tidak boleh hidup dalam keadaan yang bersepah2. Mungkin mahasisiwi ini akan mengambil tindakan tegas atau ganas terhadap adik2nnya ( menerajang mereka barangkali???). Laporan berita ini terpaksa dihentikan kerana mahasiswi ini terpaksa menyambung kerjanya kembali (nak sidai kain pulak)- TIDAK BERNAMA

No comments:

Post a Comment