

This is one of my favorite foods! Laksa!! I love laksa!! ( even tengah taip ni sambil tahan air liur). Tapi sebab tunggu kuah panas, Cik Pink pun merepek la kat blog ni dulu. Cik Pink memang hantu laksa. Adik2 Cik Pink pun sama. Ni laksa Cik Odi buat!! Sedap gila!!!! Tambah2 kuah laksa Cik Odi pekat! Selalunya orang guna ikan kembung, tapi my mom ni suka guna ikan sardin. Bukan sardin tin tu tapi ikan sardin yang fresh yang beli kat market yang Pakcik Wah, Cina penjual ikan tu selalu jual.
Susah nak jumpa laksa yang betul2 boleh menepati cita rasa Cik Pink. Selalu jumpa laksa yang kuah tak sedap, kuah cair (orang utara panggil ceroi). So, nak makan laksa yang menepati cita rasa, kat rumahla jawabnya! Kat Kedah, Cik Pink pernah makan laksa yang sedap and up to my taste!! Kat Alor Star!!! Dekat dengan Shahab Perdana. Gerai tepi jalan je pun tapi laksa makcik tu memang superb!!! Heaven! (tahan air liur lagi ni).
Kat rumah, kalau Cik Odi tak buat laksa, laksa Pak Kasim la paling best!! Memang sedap gila laksa Pak Kasim. Tambah2 laksa campur dia. Dia bukak kedai dia tak lama pun sebab laksa dia cepat habis. Siapa awal, untungla. Siapa lambat kempunan la jawabnya. Masalah Pak Kasim ni, dia malas. Kalau dia untung, 2, 3 hari tu tak bukak la kedai dia jawabnya. Kalau dia tak ada duit, baru dia bukak kedai pulak. Adoila Pak Kasim, kalau tiap2 hari bukak, silap2 dah jadi jutawan ke apa... Ini tunggu tak ada duit baru nak bukak kedai. Kesianla kat kami yang minat laksa Pak Kasim ni.. Kadang2 balik universiti, ingat nak makan laksa Pak Kasim, tapi Pak Kasim tak bukak kedai pulak. Memang frustla!
P/S: Laksa kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal takua...Pergh memang jilat pinggan la! (kat umah je). Kalau ada daun pudina ngan pucuk daun janggus, lagi la sedap!

No comments:
Post a Comment