Wednesday, June 9, 2010

AL-FATIHAH

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dan Khalik. Rasulullah s..a.w meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud:

"Aku bahagikan solat antara-Ku dan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya..."

Hamba: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

Khalik: Hamba-Ku telah mengingat-Ku

Hamba: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Khalik: Hamba-Ku telah memuji-Ku

Hamba: Yang menguasai hari pembalasan

Khalik: Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku

Hamba: Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan


Khalik: Hamba-Ku telah memuliakan-Ku

Hamba: Tunjukkila kami jalan yang lurus

Khalik: Ayat ini antara-Ku dengan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak ke atas apa yang ia minta

Hamba: (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Khalik: Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak ke atas apa yang dia minta

(Sumber: Majalah Solusi)

No comments:

Post a Comment