DRAMA / KISAH TELADAN
Seorang gadis yang bijak telah berjaya menumpaskan plot jahat seorang lelaki bongok untuk menipunya. Setahun lalu, Si Bongok pernah cuba untuk mengorat gadis ini walaupun pada hakikatnya dia sudah mempunyai seorang teman wanita. Namun, atas naluri yang kuat, gadis ini menolak niat si Bongok dengan baik. Tetapi, entah bagaimana, teman wanita (Miss X) Si Bongok ini mengetahui niat lelaki tersebut. Miss X telah menelefon gadis cerdik dan menceritakan hal yang sebenar mengenai lelaki terbabit. Si gadis berasa lega kerana tindakannya menolak Si Bongok mempunyai hikmah disebaliknya. Lalu, si gadis cuba menghubungi si Bongok terbabit untuk meminta penjelasan, namun kerana sifat dayus dan penakutnya, si Bongok itu hanya mendiamkan diri dan menghilang begitu saja. Kemudian, si gadis pun meneruskan kehidupannya seperti biasa (selepas puas memaki hamun si Bongok)
SETAHUN KEMUDIAN (teng teng teng)
Tanpa diduga, si Bongok menghubungi kembali gadis yang cerdik ini. Si gadis hanya bersikap dingin namun dia bersedia mendengar penjelasan lelaki itu. Menurut si Bongok, dia tidak mempunyai hubungan dengan Miss X sewaktu mengenali si gadis. Menurutnya lagi Miss X hanya bekas kekasihnya yang "gila talak" (quote dari si Bongok sendiri). Si gadis menerima penjelasan si bongok tanpa memberi komen apa-apa. Dia turut menyatakan bahawa dirinya sedang single ketika itu. Si gadis cuba menduga si Bongok dengan meminta alamat facebooknya namun si bongok berdalih dan enggan memberikannya kepada si gadis. Walaupun begitu si gadis menerima niat si Bongok untuk menjadi kawannya. Selepas itu, si Bongok kembali sepi. Kemudian, pada pertengahan tahun itu, si Bongok mula menghubungi si gadis. Dan kali ini semakin kerap. Si gadis tertanya-tanya apa niat si bongok. Yang lebih mengejutkan, si bongok berani untuk memberikan akaun facebooknya kepada si gadis. Menurutnya, hanya itulah saja untuk membuktikan keikhlasannya.
Menurut si bongok dia masih single dan ingin mengajak si gadis keluar. Namun setiap perlawaan si bongok ditolak dengan bijak oleh si gadis kerana si gadis langsung tidak mempercayai si bongok. Walaupun berminggu-minggu, namun si bongok tidak putus asa. Pada suatu malam, si gadis cuba menguji status si bongok. Si bongok bermati-mati mengakui yang dia masih single. Namun si gadis berasa curiga kerana pernah melihat gambar si bongok dengan seorang perempuan dan gambar tersebut kelihatan mencurigakan. Masih tidak puas hati dengan jawapan si bongok, si gadis mencari facebook perempuan terbabit dan menghantar mesej kepada perempuan itu, menanyakan sama ada si Bongok adalah boyfriendnya atau tidak.
Namun perempuan tersebut tidak membalas mesej si gadis. 2 hari kemudian, si gadis menyedari bahawa si bongok telah mendelete si gadis dari friends listnya. Ini membuktikan bahawa si bongok memang penipu. Dia telah mengetahui tindakan si gadis kerana perempuan itu telah menceritakan tentang mesej si gadis kepadanya. Lalu, tindakan terbaik untuk menutup penipuannya adalah dengan mendelete si gadis dari friends list. Tau pun takut! Anda main2 dengan salah orang. Kerana geram, si gadis pun menceritakan semuanya kepada perempuan tersebut berserta dengan bukti2 yang ada termasuk mesej2 yang dikirimkan si bongok kepada si gadis . Haaaa padan muka!!! Maka berhentilah si bongok dari mengganggu si gadis.HAHAHAHA

SPOILER: Pengakhiran bagi drama ini ialah perempuan tersebut (menurut pandangan si gadis) masih ingin bersama2 dengan si bongok walaupun telah didedahkan dengan bukti2 kecurangan si bongok...Adoi memang bongok!

No comments:
Post a Comment