Saturday, October 15, 2011

JANJI YANG PASTI

Mati itu pasti. Itu janji Allah. Mati tak kira usia.Tua atau muda, kalau memang sampai ajal, nyawa akan ditarik juga. Kalau ikut urutan, memang kita ingat orang yang lebih tua akan pergi dulu dari yang muda. Datuk akan mati dulu dari cucu. Mak ayah akan diambil nyawa dulu dari anak-anak. Tapi itu anggapan kita. Allah yang tentukan semua.

Khamis 13 Oktober 2011,one of my favorite cousin telah dipanggil mengadapNya. Arwah sangat baik orangnya. Antara sepupu yang paling lawak and fun yang di kalangan kazen2 Cik Pink yang lain. Sayu sungguh hati waktu dapat tau berita kematian arwah. Air mata terus keluar bila tengok isterinya, Kak Zahirah menangis teresak2, terbaring atas riba mak dia... Sedih sangattttttt...Even tok mati dulu pun, Cik Pink tak mengalir air mata pun. Tapi bila abang Azman meninggal, rasa sangat sedih. Arwah tinggalkan 3 anak. Anak yang sulung, Aireen baru darjah 1. Adam pulak baru 4 tahun.Yang paling bongsu Azreen baru 9 bulan. Kesianla kat Azreen. Mesti tak boleh ingat nanti muka ayah dia.Paling tersentuh hati Cik Pink bila dapat tau, Kak Zahirah sekarang ni tengah pregnant 4 bulan. Dugaan yang sangat besar untuk dia. Arwah baru umur 33 tahun...

Waktu kami semua tunggu mayat kat rumah, ramai sangat kawan2 arwah yang melawat. Sedih sangat bila anak-anak arwah semua main and tergelak2 dengan kazen lain. Dalam hati Cik Pink cakap, kesianla budak2 kecik ni..tak tau langsung..dalam dunia sendiri ja. Boleh pulak tanya kat  Cik Pink bila mayat nak sampai. Padahal mayat tu ayah sendiri. Terus mengalir air mata. Waktu mayat dah sampai, ramai yang menangis. Cik Pink, mama and mak uda menangis teresak-esak. Memang tak boleh kontrol tengok anak-anak arwah menangis and cium arwah buat kali terakhir.Sedih sangat tengok kak Zahirah masa tu. Sedihnya bila kehilangan orang yang kita sayang. Berpisah mati memang perit. Semoga Kak Zahirah dan keluarga diberi kekuatan dan ketenangan hati untuk mengharungi hari2 yang akan datang. Dan semoga abang Azman dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin

No comments:

Post a Comment