Fitnah itu lagi besar dosanya dari membunuh. Fitnah itu mampu merosakkan hubungan, malah menghancurkan umat. Justeru Ya Allah, Engkau selamatkanla dia daripada fitnah ini kali ini. Dia sudah mengharunginya sebelum ini. Kali ini Engkau berikanlah kemenangan kepadanya. Hanya Engkau yang boleh mengubah keadaan ini.
Aku tidak menyokongnya membuta tuli. Mereka juga tidak menyokongnya membuta tuli. Aku percaya pada dia. Mereka juga percaya pada dia. Ya Allah, aku sedar nasibnya bukan berada di tangan mereka2 yang memiliki kuasa besar. Bukan juga di tangan mereka yang mata dan hati telah ditutup dengan wang ringgit. Nasib dia di tanganMu Ya Allah. Lalu, aku memohon kepadaMu untuk memberikan kemenangan kepadanya kali ini agar kebenaran itu terserlah.
Kadangkala, aku juga ragu padanya. Tetapi aku tidak pernah ragu pada fitnah yang dilemparkan kepadanya ketika ini kerana aku tahu cerita2 dongeng ini hanya fitnah. Fitnah dari insan2 yang gila kuasa dan merasakan dirinya tergugat. Fitnah dari insan2 yang belum merasai hidayahMu Ya Allah. Lalu aku memohon sekali lagi kepadaMu, semoga Engkau memberikan hidayahMu kepada penyebar2 fitnah ini Ya Allah. Semoga mereka bertaubat dan kembali kepadaMu Ya Allah. Aku juga memohon agar Engkau buka mata mereka2 yang mempercayai fitnah ini
Ya Allah, aku memohon agar diriku, keluargaku, rakan2ku serta orang2 yang aku sayang dijauhkan daripada fitnah. Aku mohon dijauhkan daripada fitnah2 yang boleh merosakkan hidup kerana aku tahu aku tidak kuat untuk menempuhinya Ya Allah.

No comments:
Post a Comment