Tuesday, February 2, 2010

M2M meLAYANG di Bendang



















Semalam dengan langkah penuh semangat, Cik Pink, Cik Candid, Cik Kasih n Cik Coach keluar dari istana hinggap kami dengan 1 azam. Nak main layang2!!! Weeeeeeeeee best gila semalam main layang2! Geng M2M (hehe lawak gila nama geng) plus Mr F melepak kat bendang Kampung Darat. Subhanallah cantik sangat kawasan tu. Sungai pun ada. Hehe mcm budak2 kami behave semalam. Sorila Mr F kalau anda terkejut dengan perangai2 kami. Ada layang2 Popeye ngan Spiderman.

Mula2 nak main pun dah jadi masalah. Masing2 tak reti nak ikat tali. Cik Coach , kamu paling lawak tau. Abis tali layang2 kamu bersimpul2. Terpaksala Mr F tunjukkan. Huh layang2 Cik Pink la yang jadi mangsa percubaan. Haha layang2 tu tamau naik. Then try lagi sampaila layang2 tu naik. Hehe best gila. Teringat zaman budak2 dulu. Kami sikitpun tak malu kat pakcik2 yang jadi penonton tu. Cik Pink, Cik Kasih n Cik Coach main layang2. Cik Candid plak teman Mr F memancing. Amboi2!! Takleh pisah langsung ye anda!

Haha kesian saya. Cik Kasih dan Cik Coach lanyak layang2 saya sampai koyak! Huhu kesian my spiderman. Paling best bila tengok Cik Coach main. Habis dia seret layang2 tu atas tanah. Hehe memang hepi abis. Nasib baik kami tak jatuh sebab semua lupa diri bila lari atas bendang.

Pastu ada sesi posing2 pulak. Cik Pink, Cik Coach ngan Cik Kasih memang tak peduli kotor dah. Abis kami terjah bendang tu. Masuk abis celah2 padi. Pastu Cik Pink pula jadi photographer untuk merpati dua sejoli (Cik Candid n Mr F). Abis bateri kamera sebab tangkap pic diorang je haha. Tapi agak geram dengan Mr F yang sangat suka buat muka lembam. Nyaris2 kena ketuk kepala dgn aku semalam. Tapi dapat jugak snap pic2 yang bagus.

Apapun, hepi sangat semalam. Dapat spend time dengan my bestfriends yang memang sewel (Cik Coach paling lawak sampai Mr F takleh kontrol gelak). Thanks to Mr F sebab bawak kami pi bendang tu. Lain kali kita beli wau pulak! Hehe. Cik Candid, kamu hepi kan????

P/s: Cik Coach and Cik Kasih, sila ganti layang2 saya. Kalau tak saya amik Popeye kamu!

No comments:

Post a Comment